Quantcast
Channel: BEAUTY KIOSK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2078

GEL RAMBUT HERBA MAGIKA

$
0
0
Gel Rambut Herba Magika


Harga Pasaran : RM23.00
Harga Kami : RM19.50 sahaja !!
Anda Jimat : RM3.50

Isi Kandungan/Berat : 30ml

Kandungan bahan-bahan herba dalam formulasi Gel Rambut Herba Magika sangat hebat khasiatnya. Ia ditemui dari herba antarabangsa yang diyakini dapat membantu masalah rambut yang semakin menipis, kering dan rapuh. Selain itu ia membantu menghitamkan semula rambut.

KEBAIKAN & KELEBIHAN GEL RAMBUT HERBA MAGIKA :
Antara kebaikan adalah seperti berikut:-
✔ Membantu mencegah rambut bercabang
✔ Membantu menghitamkan rambut
✔ Membantu menguatkan akar rambut.
✔ Membantu melebatkan rambut.
✔ Membantu menghilangkan kelemumur.
✔ Membantu menyejukkan kulit kepala.
✔ Menghilangkan kegatalan


CARA PENGGUNAAN GEL RAMBUT HERBA MAGIKA :
1- Untuk kesan yang lebih baik, sapukan pada kuit kepala 2 kali sehari.
2- Kesan akan dapat dilihat seawal 2 minggu.


KANDUNGAN GEL RAMBUT HERBA MAGIKA JAMU RATU MALAYA :
1. Menthol– Mengandungi agen perapi rambut yang menyejukkan kulit dan melegakan kegatalan kulit kepala.

2. Kramerita Triandra Root Extract– Mempunyai kekuatan warna yang tidak larut yang berwarna batu delima merah ia berguna sebagai rawatan rambut untuk melindungi warna asal rambut.

3. Lycopene– Melindungi sel-sel rambut dari kerosakan.

4. Mentega Shea– Merupakan agen pelembap yang merapi rambut 2 kali ganda sehingga memberikan kelembapan dan kesuburan kepada rambut yang pecah dan rapuh.

5. Polygala Tenuifolia Root Extract– Membekalkan mineral pada rambut dan kulit kepala.

6. Polygonum Multiflorum Root Extract– Sejenis ubi yang sangat terkenal untuk membantu menyuburkan rambut dan mencegah penuaan.

7. Henna– Digunakan oleh Ratu Mesir, Cleopatra untuk mengilatkan warna rambut, melembapkan dan menjaga kekuatan rambut.

8. Butylene Glycol– Berkesan melembutkan dan menjaga kesuburan kulit kepala.


INFORMASI JENIS-JENIS MASALAH KEGUGURAN RAMBUT :
* Androgenetik alopesia
Merupakan masalah keguguran rambut yg kerap berlaku pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki – kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).
a. testosteron – (hormon lelaki).
b. usia – selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
c. keturunan – Berlaku lebih kerap pada kaum lelaki berbanding wanita.

* Alopesia areata

Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

* Telogen effluvium

Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet).


LAIN-LAIN PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS
 :
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius.
Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak

Selepas fasa bersalin, ia bertukar ke fasa gugur dengan cepat.

* Penyakit tiroid

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif penyebab keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Jika seseorang itu mengalami jangka masa demam yang serius selama berbulan-bulan. Rambut akan mengalami keguguran dengan banyak.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Diet keterlaluan sehingga tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal menyebabkan seseorang individu kekurangan zat vitamin.

* Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut . Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pada masa yang sama, pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Penyakit jangkitan pada kulit kepala
Rawatan awal diperlukan bagi kanak-kanak yang biasanya mendapat jangkitan kulat, bakteria pada kulit kepala dan sebagainya. Jika dibiarkan tanpa rawatan, bahagian terbabit boleh menjadi botak yang kekal.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti. Sehubungan itu, keadaan ini mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

* Ubat kontraseptif

Wanita yang mengamalkan pil kontraseptif biasanya mempunyai kecenderungan menyebabkan rambut semakin jarang.


TESTIMONI GEL RAMBUT HERBA MAGIKA JAMU RATU MALAYA :
Gel Rambut Herba Magika




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2078